fb fb fb fb fb

Agihan wang ihsan banjir akan disegerakan

MUAR, 4 Mac- Agihan bantuan wang ihsan banjir kepada penduduk terjejas banjir di seluruh negara akan disegerakan.

Semua pihak terlibat termasuk agensi dibawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut digesa tidak bertangguh menyalurkan bantuan berkenaan.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, wang ihsan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah perlu disalurkan dalam tempoh seminggu selepas menerima maklumat lengkap penduduk terjejas banjir, mengikut indeks pencapaian utama (KPI) ditetapkan.

"Kita faham yang melaksanakan operasi yang tahu keadaan di akar umbi adalah jawatankuasa bencana negeri dan daerah, berdasarkan kepada dasar dan mekanimse pengurusan negara, kita di NADMA tidak akan tertangguh dari segi aspek tersebut,"katanya kepada pemberita selepas taklimat pengurusan bencana banjir daerah Muar di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Muar.

Jelas beliau, penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas banjir yang berpindah ke PPS tidak memerlukan semakan lama berbanding mereka yang tidak berpindah, kerana perlu melalui beberapa proses semakan bagi mengelak pertindihan.

Media Baharu