Agihan SARA beri kesan berganda kepada ekonomi domestik negara

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Januari – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 yang mula dikreditkan kepada penerima kategori bujang mulai hari ini disifatkan sebagai antara bantuan sara hidup terbesar pernah disalurkan kerajaan, dengan peruntukan mencecah hampir RM15 bilion.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyaluran SARA 2026 untuk penerima bujang mula dikreditkan hari ini, dianggap sebagai bantuan sara hidup terbesar kerajaan.
  • Bantuan dijangka memberi kesan berganda ekonomi domestik, menjana permintaan dan penawaran sehingga kira-kira RM60 bilion.
  • Program ini turut melibatkan golongan OKU, ibu bapa tunggal, dan pelajar institusi pengajian tinggi.
  • Seramai 3.1 juta penerima layak; kadar RM50 untuk pendapatan ≤ RM2,500, dan RM100 untuk penerima eKasih.

Penyaluran bantuan tersebut dijangka memberi kesan berganda yang positif kepada ekonomi domestik negara di mana ia berpotensi menjana permintaan dan penawaran sehingga RM60 bilion, menurut.

“Dijangka bantuan SARA ini mampu untuk menghasilkan ‘multiply effect’ ataupun pengganda kepada sektor domestik negara hampir empat kali ganda di mana ia mampu menjana permintaan dan juga penawaran sehingga RM60 bilion ringgit,” katanya kepada pemberita RTM.

“Ini termasuk golongan orang kurang upaya, ibu dan bapa tunggal serta pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta.”

Tambah beliau, kesan positif itu bukan sahaja mampu merangsang aktiviti ekonomi domestik, malah berperanan penting dalam menjamin kestabilan pasaran serta memperkukuh kesejahteraan sosioekonomi rakyat secara keseluruhannya.

“Ini sudah semestinya adalah satu angka yang baik yang mampu untuk mendukung dan menjamin kestabilan pasaran domestik negara dan juga secara tidak langsung akan membantu sosioekonomi rakyat Malaysia yang lebih baik dan juga lebih stabil.”

Seramai 3.1 juta individu bujang berusia antara 21 hingga 59 tahun layak menerima SARA Bulanan berdasarkan dua kategori.

Ia termasuk SARA Bulanan bernilai RM50 membabitkan penerima berpendapatan sebulan RM2,500 dan ke bawah.

Manakala mereka dengan julat pendapatan sama yang juga tersenarai sebagai penerima eKasih bakal menerima RM100 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad.