fb fb fb fb fb

93 tabika di Johor akan dibaik pulih

(Datuk Zahari Sarip)

ISKANDAR PUTERI, 4 Disember- Kerajaan Johor akan melaksanakan kerja-kerja membaik pulih ke atas 93 buah premis taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di 10 daerah negeri itu, bermula tahun depan.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata kerja-kerja membaik pulih berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM5.3 juta.

Katanya, sehingga kini sebanyak 50 buah tabika telah dibaik pulih dengan peruntukan RM1.4 juta, manakala dua buah tabika lagi dibina baru dengan peruntukan RM660,283.

"Untuk tahun 2023, Kerajaan Johor melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) negeri Johor merancang unutk membaik pulih sebanyak 93 buah premis tabika dengan nilai peruntukan RM5.3 juta," katanya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini.

Untuk rekod, Johor mempunyai 848 tabika yang terdiri daripada 1,153 kelas tabika dan 58 kelas taman asuhan kanak-kanak (taska). 

 (93 buah tabika di Johor akan dibaik pulih)

Media Baharu