fb fb fb fb fb

872 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-9

Sekitar Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-9

KEPALA BATAS, 4 Ogos- Seramai 872 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-9 di Dewan Millenium Kepala Batas, pagi tadi.

Lima kategori melibatkan Sijil Hafazan Am, Sijil Isbaq, Sijil Syahadah, Sjil Motivasi Huffaz dan Sijil TVET Islami di serahkan kepada graduan.

Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA AL-QURAN), Manolito Mohd Dahlan berkata sembilan anugerah tokoh juga turut disampaikan bagi beberapa kategori.

Ini melibatkan Anugerah Khas Permata Al-Quran, Tokoh Huffaz Nusantara, Tokoh Maahad Tahfiz terbaik, Tokoh Mudir Terbaik, Tokoh Guru Terbaik, Tokoh Huffaz Terbaik, Pelajar Huffaz terbaik dan Ikon Huffaz Kebangsaan.

"Saya mewakili maahad-maahad tahfiz seluruh Malaysia yang berjumlah 1,083 di mana hari ini kita mengadakan Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-9 kita meraikan 782 orang garduan yang terdiri daripada lima kategori,"katanya.

Beliau ditemui ketika hadir ke Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-9 di Dewan Millenium Kepala Batas.

Sementara itu, penerima Anugerah Tokoh Huffaz Terbaik, Che Wan Hilmy Che Wan Muhammad dari Madrasah An Nabawiyyah Lid Dirasatil Islamiyyah, Jerantut Pahang menzahirkan rasa syukur dengan anugerah yang diterima.

Beliau yang bertugas sebagai mudir di madrasah berkenaan, kini turut mengendalikan lebih 80 orang pelajar.

Tidak hanya tertumpu kepada subjek berbentuk islamiah, beliau turut mengaplikasikan bidang keusahwanan, pertanian, penternakan dan perikanan kepada pelajarnya.

Baginya, kemahiran itu penting untuk membolehkan mereka lebih berdaya saing selepas menamatkan pengajian.

"Kita juga buka untuk penternakan itik telur, kambing susu, biri-biri dan bidang perikanan, ada tiga jenis yang kami bela, talapia, keli dan patin, dan pelajar-pelajar turut terlibat dalam aktiviti pertanian kami menanam pokok musang king tanam pokok kepalapa,"katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE