fb fb fb fb fb

80,000 sertai sambutan Thaipusam di Johor Bahru

Sambutan Thaipusam di Kuil Arulmigu Thindayuthapani, di Johor Bahru meriah

JOHOR BAHRU, 25 Januari- Kira-kira 80,000 orang termasuk 10,000 penganut dari Singapura menyertai sambutan Thaipusam yang diadakan di Kuil Arulmigu Thindayuthapani, Johor Bahru, Johor.

Presiden kuil, G.Meganathan berkata, meskipun cuaca hujan lebat pada malam semalam, namun ia tidak mematahkan semangat para penganut untuk meraikan sambutan itu.

Perarakan dimulakan dari kuil itu sepanjang dua kilometer dengan membawa Paal Kudam (tabung susu) sebagai tanda simbolik menunaikan nazar dan kesyukuran.

"Kali ini kita mulakan pada 9.30 malam dalam suasana hujan lebat, namun kami merasakan ianya sangat istimewa kali ini,"katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE