fb fb fb fb fb

78,152 notis dikeluarkan JPJ, dalam tempoh 29 hari operasi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 November- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan pemeriksaan ke atas 304,552 motosikal dan mengeluarkan 78,152 notis bagi pelbagai kesalahan dalam tempoh 29 hari di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata seramai 234 penunggang motosikal telah menjalani saringan dan 34 daripadanya didapati positif dadah.

"Antara kesalahan yang telah dikesan sepanjang operasi khas ini adalah melibatkan ketiadaan lesen memandu iaitu sebanyak 22,601 kes, lesen kenderaan telah tamat tempoh sebanyak 16, 789 kes serta tiada insurans sebanyak 15,117 kes untuk operasi khas malam ini.

Setakat ini, dengan anggota penguat kuasa sebanyak 186 orang, JPJ telah mengeluarkan notis sebanyak 1,126 notis atas pelbagai kesalahan," kata Datuk Jazmanie kepada pemberita, pada semalam.

Beliau ditemui pada operasi berkenaan di Bangsar, Kuala Lumpur.

Tambah beliau, pihaknya sentiasa komited dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya dengan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM