fb fb fb fb fb

75% Pusat Pelupusan Sampah Sungai Ikan terbakar

FOTO PENGGUNA MEDIA SOSIAL

KUALA NERUS, 28 April- Sebanyak 75 peratus kawasan Pusat Pelupusan Sampah Sungai Ikan Kuala Nerus seluas lapan hektar terbakar dipercayai akibat impak cuaca panas.

Setakat ini, kebakaran tersebut merebak sehingga ke enam hektar tapak pusat pelupusan sampah utama itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Hassan ‘As’ari Omar ketika dihubungi berkata, seramai 15 pegawai dan anggota bomba sedang bekerja keras memadamkan kebakaran tersebut setiap hari sejak Jumaat lalu.

"Usaha memadamkan kebakaran berdepan cabaran ekoran sumber air yang jauh, cuaca kering dan timbunan sampah yang banyak.

"Lori tangki berkapasiti 20,000 liter air digerakkan dalam usaha mengawal kebakaran tersebut daripada terus merebak,"katanya.

Jelasnya, paling awal api kebakaran dijangka dapat dikawal sepenuhnya, Selasa ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE