fb fb fb fb fb

717 projek naik taraf sekolah daif siap sepenuhnya

PUTRAJAYA, 12 Oktober - Sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara telah diluluskan sehingga tahun ini, melibatkan kos keseluruhan RM8.5 bilion.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah tersebut, 339 projek dilaksanakan di Sabah, 400 di Sarawak dan 352 lagi di negeri-negeri di Semenanjung.

Setakat 11 Oktober lalu, sebanyak 717 projek telah siap sepenuhnya, 183 dalam pembinaan, 176 berada di peringkat prabina dan 15 lagi sedang dinilai semula.

Tempoh pelaksanaan projek antara 6 hingga 36 bulan tertakluk kepada skop projek dan keperluan kerja penyediaan tapak.

Bagi memperkasa pelaksanaan projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif, kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

KPM turut menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal untuk menyelaras pelaksanaan projek di pelbagai peringkat serta melaporkan status projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI.

Trainee2