fb fb fb fb fb

65 warga asing ditahan di Johor

Foto Facebook JIM Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 14 Februari- Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor memberkas 65 warga asing dalam 28 serbuan di sekitar Johor Bahru dan Mersing, pada 12 dan 13 Februari, disyaki tinggal lebih masa serta tidak mempunyai permit sah.

Pengarah Imigresen negeri, Baharuddin Tahir dalam kenyataan berkata, tangkapan itu hasil pemeriksaan ke atas 147 orang warga asing dan tempatan.

Sebanyak 26 serbuan dilaksana di daerah Johor Bahru, manakala dua lagi di Mersing.

Tangkapan melibatkan 30 lelaki Bangladesh, 18 orang warga Indonesia, 7 warga India, 5 Pakistan, seorang wanita Thailand dan seorang wanita Kemboja.

Turut ditahan, masing-masing seorang lelaki dari Myanmar, Nepal dan Yaman.

Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 49 tahun.

Kes disiasat mengikut seksyen 6(1)(c) dan seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Seorang lelaki Bangladesh berusia 41 tahun disiasat mengikut seksyen 55B akta sama, kerana mengambil pekerja tidak memiliki pas yang sah.

11 notis hadir ke pejabat imigresen turut dikeluarkan kepada semua terlibat.

ROSLINA BINTI DIN