576,269 permohonan penurunan kandungan berkaitan aktiviti judi dalam talian

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 9 Mac – 576, 269 permohonan penurunan kandungan berkaitan aktiviti perjudian dalam talian diajukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada penyedia platform bagi tempoh 2022 hingga 1 Mac tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kategori perjudian mencatatkan bilangan penurunan kandungan tertinggi dalam tindakan penguatkuasaan kandungan dalam talian.
  • Perincian tahun: 2021 (66,525), 2022 (2), 2023 (20,175), 2024 (196,510), 2025 (293,057).
  • Peningkatan permohonan didorong oleh pemantauan proaktif MCMC, peningkatan kesedaran orang ramai dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
  • Kategori lain dengan permohonan tinggi termasuk kandungan penipuan (197,120 kes) dan kandungan jelik (69,541 kes).

Ia kategori tertinggi dalam tindakan penguatkuasaan kandungan dalam talian.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, untuk kategori perjudian, dua permohonan dihantar kepada penyedia platform pada tahun 2022.

“Untuk tahun 2023, 20,175 permohonan dihantar kepada platform. Untuk tahun 2024,196, 510 permohonan dihantar kepada platform.

“Bagi tahun 2025, 293,057 pemohonan dihantar kepada platform oleh MCMC. Manakala 2021 pula, 66,525 pemohonan dihantar kepada platform,” beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri S. Vell Paari di Dewan Negara.

Jelasnya, trend peningkatan permohonan penurunan kandungan itu didorong pemantauan proaktif MCMC dan peningkatan kesedaran orang ramai serta dipacu penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Bagi tempoh sama, dua kategori yang turut merekodkan jumlah permohonan penurunan tertinggi termasuklah kandungan berunsur penipuan sebanyak 197,120 kes dan kandungan jelik sebanyak 69,541 kes.