SUNGAI PETANI, 20 Mac- Hampir 52 buah kereta yang ditempatkan di sebuah depoh pengumpulan Majlis Perbandaran Sungai Petani MPSPK di Jalan Batik Satu, Taman Batik, Sungai Petani, Kedah musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat BBP Sungai Petani Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Mohd Zain, menerusi satu kenyataan memaklumkan, dipercayai puluhan kereta sita yang dikategorikan lusuh terbakar dalam kejadian itu.
Katanya bomba menerima panggilan kejadian pada pukul 10.58 pagi.
Sebanyak lapan anggota dari BBP Aman Jaya dan 16 anggota dari BBP Sungai Petani tiba ke lokasi 17 minit kemudian.
Operasi pemadaman selesai pada pukul 12.38 tengah hari.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.