500,000 Rumah Mampu Milik menjelang 2030

Transformasi industri pembinaan negara perlu memberi manfaat secara langsung kepada rakyat

KUALA LUMPUR, 10 November – Malaysia sasar sediakan 500,000 rumah mampu milik menjelang 2030, sebagai sebahagian usaha untuk menyediakan sejuta rumah dalam tempoh 2026 hingga 2035.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penggunaan teknologi moden untuk pembinaan lebih cekap tanpa menjejaskan keselamatan, kualiti dan kemampuan milik rakyat.
  • Transformasi industri pembinaan mesti memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya perumahan mampu milik.
  • Pemerkasaan pembinaan modular dan teknologi lain untuk tingkatkan kecekapan serta kawal kos pembinaan.
  • Kejayaan transformasi diukur bukan semata-mata teknologi atau projek siap tetapi keupayaan sediakan rumah dan infrastruktur berkualiti memenuhi keperluan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyatakan komitmen itu menjelaskan sasaran berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), memerlukan penggunaan teknologi moden bertujuan memastikan pembinaan kediaman dapat dilaksana dengan lebih cekap tanpa menjejaskan aspek keselamatan, kualiti serta kemampuan rakyat memiliki rumah.

“Teknologi dapat membantu kediaman disediakan dengan lebih cekap tanpa menjejaskan aspek keselamatan, kualiti serta kebolehhunian, selain mengambil kira faktor kos,”kata Perdana Menteri dalam ucapan perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa.

Datuk Seri Anwar turut menyatakan transformasi industri pembinaan negara perlu memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya dalam penyediaan perumahan mampu milik, dan bukan hanya tertumpu kepada pembangunan projek mega.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan penggunaan teknologi termasuk pembinaan modular perlu diperkasa bagi meningkatkan kecekapan industri, selain memastikan kos pembinaan dapat dikawal.

Beliau berkata kejayaan transformasi sektor pembinaan tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan jumlah teknologi yang diperkenalkan atau projek yang disiapkan, sebaliknya turut mengambil kira keupayaan menyediakan rumah dan infrastruktur berkualiti serta memenuhi keperluan rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.