fb fb fb fb fb

50,000 e-baucar buku berjaya ditebus, fasa pertama ditutup - KPT

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Sebanyak 50,000 e-Baucar Buku@KPT berjaya ditebus sepenuhnya sehingga pukul 6.00 petang tadi.

Susulan itu, permohonan fasa pertama telah ditutup.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan, penyaluran bagi fasa pertama tersebut adalah sebagai usaha KPT untuk menyokong penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) dengan pembelian buku dibuat menerusi platform BookCapital.

"Penyaluran e-baucar buku selebihnya akan dibuat pada fasa kedua dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak," kata kenyataan itu.

KPT turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berjaya menebus e-baucar tersebut.

Pemberian baucar buku itu memanfaatkan lebih 1.2 juta pelajar IPT di bawah kelolaan KPT.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM