fb fb fb fb fb

50,000 benih ikan lampam dilepaskan ke Sungai Pendang

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kedah, Pang Nyukang melepaskan benih ikan lampam / FOTO JABATAN PERIKANAN NEGERI KEDAH

PENDANG, 24 Februari- Sebanyak 50,000 benih ikan lampam telah dilepaskan ke Sungai Pendang.

Ia bertujuan menambah stok ikan asli di kawasan tersebut disamping untuk manfaat nelayan darat dan penduduk sekitar.

Pelepasan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kedah, Pang Nyukang di Pekan Tanah Merah, Pendang.

Turut diadakan, program Inventori Sumber Perikanan Darat 2024 yang berjaya mengumpulkan pelbagai spesies ikan asli dari sungai tersebut.

Program berkenaan dapat membantu Jabatan Perikanan merancang dan menambah stok sumber perikanan darat untuk jangka masa panjang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE