fb fb fb fb fb

5 keluarga asnaf syukur rumah siap dibaik pulih MAINJ & Waqaf An Nur

FOTO FB Mohd Fared Mohd Khalid

BATU PAHAT, 6 Januari- Lima keluarga asnaf dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, Batu Pahat, Johor, kini boleh kembali menduduki kediaman mereka, selepas ia siap dibaik pulih dan dibina baharu, oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Waqaf An Nur.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, projek tersebut dimulakan pada  September tahun lalu, menggunakan wang zakat diterima dalam negeri, berjumlah RM306,000.

Projek baik pulih rumah MAINJ dijalankan di Kampung Sungai Kajang Laut, manakala projek bina baharu rumah MAINJ, dijalankan di Kampung Bagan Lama, Kampung Lapis Kajang, dan Kampung Telok Bakong Satu.

Projek bina baharu rumah Waqaf An Nur pula, dijalankan di Kampung Sungai Kajang.

Kerja baik pulih dan bina baharu rumah tersebut dijalankan susulan keadaan rumah mereka yang tidak sempurna, sebelum ini.

Mohd Fared turut menzahirkan terima kasih kepada pembayar zakat dan penginfaq dalam negeri, yang memainkan peranan dalam menjayakan projek- projek tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE