
KUALA LANGAT, 28 Februari -45 masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri DUN Tanjong Sepat, di sini menerima sumbangan Ihya Ramadan sebanyak RM28,500.
- Sumbangan Ihya Ramadan sebanyak RM28,500 diedarkan kepada 45 masjid dan surau di DUN Tanjong Sepat.
- 10 masjid menerima RM1,000 setiap satu; 33 surau menerima RM500 setiap satu.
- Sumbangan menyokong program keagamaan dan kebajikan di 11 kampung sekitar kawasan DUN.
Sumbangan disampaikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika beliau menghadiri Program Singgah Sahur dan Solat Subuh bersama penduduk di Masjid Inayatur Rahman, Kampung Batu Laut, awal pagi tadi.
10 masjid dan dua surau Jumaat menerima RM1,000 bagi setiap masjid, manakala 33 surau lagi menerima RM500 setiap satu.
Bantuan melibatkan institusi di 11 kampung termasuk Hulu Teris, Bukit Bangkong, Tumbuk Darat, Tanjong Sepat, Batu Laut, Kampung Endah dan Sungai Kelambu dalam usaha menyokong program keagamaan serta kebajikan sepanjang Ramadan.
Terdahulu, Datuk Seri Amirudin yang tiba seawal 5.00 pagi diiringi ADUN Tanjong Sepat yang juga Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Datuk Borhan Aman Shah, turut menikmati juadah kampung sebelum menunaikan solat Subuh secara berjemaah.
Program kemudian diteruskan dengan kuliah bertajuk Puasa, Taqwa dan Pembentukan Negeri Baldatun Toyyibatun Wa Robbun Ghofur yang disampaikan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Jugra, Mohd Naudi Haqqi Ahmad.