fb fb fb fb fb

42 hospital kluster berjaya dibentuk dalam tempoh 10 tahun

PUTRAJAYA, 24 Jun- Sebanyak 42 hospital kluster berjaya dibentuk dalam tempoh 10 tahun melibatkan 146 hospital di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, daripada jumlah itu tiga hospital iaitu Hospital Kangar, Perlis, Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan Hospital Labuan belum mendapat status Hospital Kluster.

"Tiga hospital itu sebab dia terasing, walaupun tiada hospital kecil berdekatan. Contohnya Hospital Kangar bekerjasama dengan Hospital Sultanah Bahiyah begitu juga di Langkawi kita akan bawa ke hospital berdekatan.

"Mungkin kalau di masa hadapan ada klinik baharu kita akan klusterkan ," katanya kepada pemberita di sini.

Hospital kluster merupakan penggabungan dua atau lebih hospital berpakar dan hospital tanpa pakar di lokasi geografi berdekatan, yang dilaksanakan bagi menyelaras perkhidmatan melalui perkongsian dan pengoptimum sumber di hospital terbabit.

(Zaliha Mustafa)

Media Baharu