401 Perajurit Muda Udara tamat latihan asas di ATU Ipoh

Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 70 di Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh, Perak / foto FB Tentera Udara Diraja Malaysia

IPOH, 18 Mei – Seramai 401 Perajurit Muda Udara Siri 70/25 berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan di Akademi Tentera Udara (ATU), selepas 25 minggu menjalani latihan, di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis perbarisan tamat latihan disempurnakan Panglima Tentera Udara Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.
  • Panglima menerima tabik hormat dan melakukan pemeriksaan perbarisan bersama Komandan ATU Kolonel Nurul Zaidee Kassim.
  • Perbarisan melibatkan dua skuadron dan lapan flait diketuai Perajurit Muda Udara Muhammad Iqmal Ahmad Tarmizi.
  • Muhammad Iqmal merangkul Anugerah Perajurit Muda Udara Ketenteraan Terbaik dan Anugerah Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan.

Daripada jumlah itu, 305 merupakan lelaki manakala 96 lagi wanita.

Majlis perbarisan tamat latihan tersebut disempurnakan Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Pada majlis itu, Datuk Seri Muhamad Norazlan, menerima tabik hormat sebelum melakukan pemeriksaan perbarisan bersama Komandan ATU, Kolonel Nurul Zaidee Kassim.

Perbarisan berkenaan melibatkan dua skuadron dan lapan flait yang diketuai Perajurit Muda Udara, Muhammad Iqmal Ahmad Tarmizi.

Dalam majlis sama, Muhammad Iqmal mencipta kejayaan berganda apabila merangkul Anugerah Perajurit Muda Udara Ketenteraan Terbaik serta Anugerah Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.