fb fb fb fb fb

PERSEK gesa patenkan ayam serama

(Pertandingan Liga Ayam Serama Malaysia 2023)

KOTA BHARU, 16 September- Pengerusi Persatuan Ayam Serama Kelantan (PERSEK) menggesa agar ayam serama dipatenkan sebagai 'milik' Malaysia khususnya Kelantan kerana terdapat pihak dari Eropah dilaporkan cuba mempatenkan jenis unggas terbabit.

Pengerusinya, Wong Sun Meng memohon agar mana-mana badan bukan kerajaan (NGO), mahupun pihak kerajaan membantu dalam usaha tersebut.

"Saya ada cuba cari NGO atau pihak kerajaan (untuk) minta tolong patenkan ayam serama sebelum pihak negara lain patenkan.

"Ayam serama ini produk negeri Kelantan dan juga ayam terkecil di dunia. Jadi, sebagai anak Kelantan (dan) anak Malaysia, kita wajib patenkan sebelum mereka (pihak luar) datang patenkan," katanya ketika ditemui media pada Pertandingan Liga Ayam Serama Malaysia 2023 yang diadakan di sini, hari ini.

Lebih 400 ekor ayam serama terlibat dalam pertandingan tersebut, yang turut disertai peserta dari Singapura, Vietnam dan Thailand.

Peserta, Mohamed Nasri Mohamad Asri berkata, kebanyakan peserta membawa sekurang-kurangnya tiga ekor ayam serama untuk dipertandingkan dan dia sendiri turut mencuba nasib dengan 'menurunkan' lima ekor ayam serama miliknya.

"Ada (peserta) yang bawa 13 ekor, ada bawa lima ekor, mungkin paling sikit pun akan bawa tiga ekor, sebabnya selain daripada mereka mahu hadiah, mereka juga mahu ambil peluang untuk cabutan bonanza. Jadi itu yang ada bawa banyak (ayam serama)," katanya.

(Pertandingan Liga Ayam Serama Malaysia 2023)

Media Baharu