fb fb fb fb fb

37 penghuni hilang tempat tinggal, dua kediaman terbakar

Foto JBPM Sarawak

KUCHING, 27 Ogos- Seramai 37 penghuni melibatkan tujuh keluarga dari dua buah rumah di Kampung Tabuan Cemerlang, Kuching hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka terbakar pagi tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, insiden mengakibatkan kediaman mereka hampir terbakar 100 peratus.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"PGO menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.03 pagi.

"Seramai 23 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya serta dibantu BBP Padungan digegaskan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.27 pagi. Api berjaya dipadam sepenuhnya dua jam kemudian," menurut kenyataan itu.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM