fb fb fb fb fb

350 penghuni rumah panjang di Bintulu hilang tempat tinggal

FOTO FAIL

BINTULU,12 September - Kebakaran rumah panjang di Sungai Labang, di sini mengakibatkan 350 penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.32 petang tadi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan Samalaju digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati Rumah Nura sepanjang 23 pintu jenis kayu itu terbakar 100 peratus," katanya.

Kesemua penghuni dilaporkan selamat dan tiada kecederaan.

Menurut jurucakap, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 5.00 petang dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

TETITIA YUSOFF