fb fb fb fb fb

33,406 kes COVID-19 dicatatkan semalam

PUTRAJAYA, 6 Mac- Sebanyak 27,143 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh COVID-19 sebanyak 3,250,793 kes.

Jumlah kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula berjumlah 371 kes dengan 226 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan 11 lagi kluster baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 474 kluster.

 (Gambar Fail)

Sebanyak 33,406 kes baharu dilaporkan termasuk 342 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sebanyak 3,595,172 kes.

Daripada jumlah itu sebanyak 214 kes atau 0.64 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 33,192 kes atau 99.36 peratus adalah kategori satu dan dua.

Dalam pada itu, tujuh negeri kini merekodkan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus, dengan Putrajaya mencatatkan jumlah paling tinggi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Putrajaya merekodkan penggunaan keseluruhan katil ICU paling tinggi sebanyak 83 peratus.

Jelasnya baki enam lagi, membabitkan Johor dan Wilayah Persekutuan kuala Lumpur masing-masing sebanyak 65 peratus, Perlis 64 peratus, Kelantan 63 peratus,Selangor 62 peratus dan Perak 55 peratus.

Bagi penggunaan katil bukan ICU, terdapat 12 negeri yang mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus, paling tinggi di Selangor dengan kegunaan mencecah 117 peratus.

Ini diikuti Putrajaya, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.

Penggunaan katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang mencatatkan penggunaan lebih 50 peratus pulau hanya di negeri Melaka iaitu sebanyak 61 peratus.

 

 

 

Media Baharu