fb fb fb fb fb

31 NADI siap dibina di Pulau Pinang

Teo Nie Ching

GEORGE TOWN, 28 Julai- Sebanyak 31 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bawah inisiatif 1 DUN 1 NADI siap dibina di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, pihaknya komited uintuk memastikan baki tujuh lagi NADI yang dirancang di negeri itu untuk beroperasi sebelum hujung tahun ini.

Menerusi pengoperasian kesemua NADI di negeri itu ia bakal memberikan latihan pelbagai bidang kepada masyarakat terutama golongan B40.

Dalam pada itu pelbagai program turut dirangka khusus buat pelajar sekolah bagi memberi pendedahan berkenaan pelbagai jenayah melibatkan media sosial.

"...dan kami ada menyediakan program untuk pelajar sekolah membabitkan isu buli siber selain memberi pendedahan terhadap penggunaan media sosial.

"Jadi penyediaan fasiliti seperti ini akan menggalakkan komumiti tempatan untuk datang ke sini selain menawarkan pelbagai kursus kepada penduduk setempat," katanya kepada pemberita selepas melawat NADI Pengkalan Kota di sini.

Setakat ini, terdapat 1,097 NADI di seluruh negara dan daripada jumlah itu sebanyak 950 NADI telah beroperasi dan baki 147 masih dalam pelaksanaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI