fb fb fb fb fb

300 CCTV bakal dipasang di seluruh Kulai dalam tempoh lima tahun

Foto RTM

KULAI, 21 Mac - Sebanyak 300 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh Daerah Kulai dalam tempoh tempoh lima tahun akan datang membabitkan kos berjumlah RM54 juta

Fasa pertama, mula dipasang tahun ini membabitkan sebanyak 25 unit CCTV yang telah beroperasi di 17 lokasi panas termasuk lapan CCTV berteknologi kecerdasan buatan (AI )bagi proses pengecam wajah dan kenderaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Mohd Fahmi Salam berkata inisiatif berkenaan juga selari usaha kerajaan Johor ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2030.

"Dalam tempoh lima tahun akan datang, Pihak Majlis Perbandaran Kulai akan memasang 300 unit CCTV di seluruh kawasan Kulai untuk memastikan aspek keselamatan di sini (Kulai) akan berada dalam tahap terbaik", katanya di sini.

32 unit lampu isyarat di seluruh kawasan kulai turut dinaik taraf bagi memastikan kelancaran perjalanan dan juga menyokong inisiatif hijau.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD