fb fb fb fb fb

Banjir di Pendang, tiga rumah terjejas

PENDANG, 4 Jun- Tiga buah rumah terjejas berikutan banjir di Pendang, satu di Kg. Sukamari dan dua di Kg. Seberang

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan Pertahanan Awam, Yuslina Yusuf berkata hasil pemantauan mendapati, air melepasi tebing dan memasuki kawasan halaman rumah.

Keadaan terkawal. Katanya setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka memandangkan tiada penduduk yang terkesan mahu berpindah.

(Tiga buah rumah terjejas berikutan banjir di Pendang)

"Paras air Sg. Pendang berada di paras yang sama iaitu 2.93 meter. Kawasan yang terjejas ialah belakang Balai Bomba Sukarela Pendang, Kampung Banggol Kambing, Kampung Titi Kera, Kampung Alor Ali, Kampung Banggol Besi, pekan Tanag Merah, Kampung Rambai dan Kampung Alor Pudak," kata Yuslina.

Media Baharu