fb fb fb fb fb

289 jemaah haji B40 terima insentif RM500 setiap seorang daripada MAIWP

Datuk Dr Mohd Naim (paling kiri) pada majlis penyerahan cek cura inisiatif bantuan haji kepada jemaah haji Wilayah Persekutuan di Perkarangan Dewan Mentari 1, Hotel Movenpick, Sepang

SEPANG, 26 Mei- Seramai 289 orang jemaah haji dari keluarga B40 di Wilayah Persekutuan menerima insentif sebanyak RM500 setiap seorang daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, sebanyak RM144,500 diperuntukkan MAIWP untuk pemberian insentif tersebut melalui wang Sumber Am MAIWP. 

Menurutnya lagi, pengagihan pemberian insentif ini akan disalurkan dengan kerjasama pihak Tabung Haji melalui akaun jemaah haji yang terlibat.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek cura inisiatif bantuan haji kepada jemaah haji Wilayah Persekutuan di Perkarangan Dewan Mentari 1, Hotel Movenpick, Sepang.

Sementara itu, seramai 2,200 orang warga Wilayah Persekutuan telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah dengan jumlah keseluruhan jemaah adalah seramai 31,600 orang jemaah pada tahun ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE