27 jenis barangan terkawal sepanjang SHMMP Aidilfitri 2026

Foto BERNAMA

SELANGOR, 10 Mac– Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2026 akan bermula 14 hingga 28 Mac ini bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan skim disesuaikan bagi mewujudkan situasi menang-menang antara pengguna dan peniaga.
  • Tempoh pelaksanaan ditetapkan 15 hari: tujuh hari sebelum, satu hari semasa, tujuh hari selepas perayaan untuk kekalkan harga terkawal.
  • Sebanyak 27 jenis barangan dikawal tahun ini, meningkat daripada 26 barangan tahun lalu.
  • Jualan Rahmah Madani diperhebat, 910 siri dilaksana dan SKU ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 50 jenis minggu terakhir Ramadan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, tempoh pelaksanaannya disesuaikan dengan keadaan semasa bagi mewujudkan situasi menang-menang antara pengguna dan peniaga.

Tempoh pelaksanaan skim tersebut selama 15 hari, iaitu tujuh hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan tujuh hari selepas perayaan bagi memastikan harga barangan keperluan kekal terkawal.

Beliau turut memberitahu sebanyak 27 jenis barangan dikawal bawah skim berkenaan tahun ini, berbanding 26 barangan tahun lalu.

“Salah satunya dengan barangan yang mencukupi, begitu juga dengan pengukuhan nilai ringgit yang kita lihat sejak kebelakangan ini, maka dari segi perbandingan harga untuk Semenanjung.

“Dari segi pecahannya, harga maksimum yang berjaya kita kekalkan sebanyak sembilan jenis barangan. Bagi Sarawak 23 jenis barangan, ” katanya pada sidang media Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya dan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Aidilfitri di Ampang, Selangor.

Beliau juga memberitahu, Jualan Rahmah Madani terus diperhebat sepanjang bulan Ramadan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah.

Katanya setakat semalam, sebanyak 910 siri program Jualan Rahmah Madani telah dilaksanakan di seluruh negara dari sasaran keseluruhan iaitu 1,898 siri bagi sepanjang Ramadan sehingga sehari sebelum 1 Syawal.

Beliau turut memberitahu jumlah barangan unit simpanan stok (SKU) turut ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 50 jenis barangan bagi minggu terakhir Ramadan berbanding purata 40 jenis barangan SKU ditawarkan pada setiap program.

Ini bagi menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya selain menambah bekalan barangan, pilihan produk yang dijual juga perlu diperluas