KUALA LUMPUR, 26 Disember- Sebanyak 26 projek penambahbaikan pejabat dan kuarters disiapkan sepanjang tahun ini di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata amanah dan tanggungjawab tersebut diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.
"Alhamdulillah, saya telah usahakan beberapa inisiatif buat anggota beruniform di bawah KDN semenjak dua tahun saya memegang tangggungjawab ini.
"Selain itu, beberapa insentif turut diperkenalkan. Antaranya insentif untuk pengendali anjing, insentif untuk anggota teknikal serta insentif detektif dan penguat kuasa Maritim Malaysia (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)," katanya menerusi perkongsian di Facebook.