fb fb fb fb fb

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Johor

Johor Bahru, 21 September - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menghantar pulang 211 tahanan warga asing dari pelbagai negara selepas selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Menerusi kenyataan JIM Johor, penghantaran pulang dijalankan menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Satu dan Dua serta Terminal Feri Stulang Laut, Johor Bahru.

Antara warga asing terlibat, 103 warga Myanmar, 70 warga Indonesia, dan 30 warga Bangladesh.

Kesemua mereka telah disenarai hitam dalam Sistem Jabatan Imigresen, dan tidak dibenarkan memasuki semula negara ini mengikut tempoh ditetapkan.

Kos bagi tiket penerbangan dan kapal untuk menghantar semula warga asing tersebut, ditanggung sepenuhnya oleh wang simpanan mereka, serta sumbangan daripada ahli keluarga.

Trainee2