fb fb fb fb fb

2025, edisi terakhir Pesta Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong

FOTO BERNAMA

SUNGAI NIBONG, 8 Januari- Setelah hampir 58 tahun dianjurkan, Pesta Pulau Pinang kali ini bakal menjadi edisi terakhir yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menjelaskan acara tahunan itu bakal dilangsungkan di lokasi yang lain berikutan sebahagian daripada kawasan berkenaan terlibat dengan projek pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.

Tambah beliau, cadangan tersebut telah dibentangkan MRT Corp selaku pemaju dan pemilik aset kerajaan negeri, namun masih diperingkat cadangan konsep.

" Pengangkutan awam menjadi sebahagian dari pembangunan ini sebab selain daripada stesen LRT depo sekunder, kita ada terminal bas Sungai Nibong, terminal teksi dan sebagainya yang boleh dimasukkan dalam cadangan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang semalam.

Perasmian disempurnakan Yang di Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Ahmad.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE