KOTA TINGGI, 27 September- PETRONAS bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menganjurkan Program Discover Petronas @ Schools di Kota Tinggi, bagi melengkapkan belia dengan kemahiran praktikal, seterusnya menyumbang kepada tenaga kerja negeri.
Menerusi kenyataan PETRONAS, program berorientasikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) itu, berperanan, mendedahkan kepada pelajar tentang ilmu dan kemahiran diperlukan industri tenaga.
Lebih 200 pelajar daripada 18 sekolah di Kota Tinggi, terlibat dalam program itu.
Antara latihan praktikal yang didedahkan kepada pelajar, kimpalan, perancah, pemotongan mesin, pengkodan, dan robotik.
Selain itu, inisiatif juga membolehkan belia di daerah itu, mencari pekerjaan profesional dan mahir, berhampiran dengan rumah mereka, khusus di kawasan Pengerang.
PETRONAS yang menyambut ulang tahun ke 50 pada tahun ini, menzahirkan komitmen, untuk terus melakukan pelaburan strategik dalam TVET, serta membangunkan modal insan, demi membentuk masa depan negara.