fb fb fb fb fb

20 keluarga terima sumbangan sempena Deepavali

FOTO KRT Taman Perumahan Behor Lateh

KAYANG, 28 Oktober- 20 keluarga terdiri warga emas dan golongan kurang berkemampuan diraikan serta menerima sumbangan sempena Deepavali yang akan disambut Khamis ini.

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Perumahan Behor Lateh, Areff Affandy Ariffin, program sumbangan tersebut dilaksanakan saban tahun bagi membantu penerima dalam persiapan menyambut Deepavali selain menzahirkan tanda keprihatinan pihak pengurusan komuniti dengan berkongsi rezeki dalam membantu golongan memerlukan dalam suasana penuh harmoni dan saling membantu antara satu sama lain.

Jelasnya, Deepavali bukan hanya sekadar perayaan keagamaan semata-mata,  tetapi juga simbol perpaduan yang merentasi budaya dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan perayaan sebegini adalah masa untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan dan keharmonian.

Beliau memaklumkannya ketika menyantuni masyarakat India dalam kawasan kejiranan Kawasan Rukun Tetangga dan Taman Perumahan sekitar Behor Lateh, Kayang.

Sumbangan yang disalurkan itu diharap memberi sinar kegembiraan dan pesta cahaya dapat disambut penuh makna tahun ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE