fb fb fb fb fb

2 maut, motosikal rempuh SUV di Jalan Astana

FOTO IPD KUCHING

KUCHING, 13 Mac- Dua lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Astana, Kuching, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 11 malam apabila motosikal yang dinaiki dua mangsa, masing-masing berusia 31 dan 32 tahun, gagal mengelak sebuah kenderaan SUV yang secara tiba-tiba membelok ke simpang.

"Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke tengah jalan.

"Pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala penunggang motosikal menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

"Pemandu kenderaan SUV terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan," kata Mohd Farhan dalam satu kenyataan pagi ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan hingga menyebabkan kematian.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE