KUALA LUMPUR, 16 Disember- Seramai 2,000 pelajar disasarkan mengikuti pengajian Akademi Rel Pahang dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang operasi dan penyelenggaraan rel.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengambilan pertama akademi itu pada suku pertama tahun depan melibatkan kira-kira 200 anak muda berumur antara 18 hingga 42 tahun yang berkelayakan.
Perkara itu selari dengan persediaan pelancaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka mula beroperasi pada Januari 2027.
"...dan ini kita melatih tenaga-tenaga mahir anak muda supaya mereka ini mempunyai kepakaran dalam bidang yang dilatih khususnya kereta api.
"Keakaran ini kaan memudahkan kita untuk melakukan pembaikan dan sebagainya. Ini merupakan tindakan proaktif," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman (MOU) antara UCYP University dan MRL di sini.
Antara inisiatif yang ditawarkan termasuk program latihan komprehensif serta modul latihan yang disesuaikan dengan keperluan industri.
Latihan itu turut melibatkan kerjasama dengan kontraktor, pengurusan projek rel, dan pemegang taruh lain.
Usaha itu juga dijangka mampu menyediakan peluang pekerjaan terutama anak kelahiran Pahang.