
KUALA LUMPUR, 9 Mac – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi seluruh negara.
- Pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri dibuat pada malam sama melalui televisyen dan radio.
- Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah penetapan Syawal berdasarkan gabungan rukyah dan hisab.
- Lokasi melihat anak bulan ditetapkan di pelbagai stesen falak dan menara cerapan setiap negeri.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, tarikh Hari Raya Aidilfitri akan diisytiharkan pada malam sama melalui televisyen dan radio.
“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui kaedah penetapan tarikh Syawal adalah berdasarkan rukyah dan hisab,”menurut kenyataan hari ini.
Lokasi yang diperkenankan untuk melihat anak bulan Syawal, masing-masing di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka, serta Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Sembilan.
Manakala di Selangor pula, Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangor, Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.
Selain itu, Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak, Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang, Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda dan Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, serta Menara Alor Setar.
Lokasi lain termasuk Stesen Cerapan Hilal di Kampung Pulau Sayak dan Menara Alor Setar, Kedah, manakala di Terengganu, Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Setiu.
Lokasi melihat anak bulan di Kelantan, adalah Stesen Cerapan HilalBukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu manakala di Sarawak melibatkan Pusat Falak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Bintulu.
“Di Sabah ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan manakala di Pahang (Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Menara 188, Kuantan)
Empat lagi lokasi, masing-masing Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis.