fb fb fb fb fb

17 projek perumahan sakit, tujuh terbengkalai di Johor

ISKANDAR PUTERI, 4 Disember- Sebanyak 17 projek sakit dan tujuh projek perumahan terbengkalai di bawah Kerajaan Persekutuan dikenal pasti di Johor, setakat ini.

Menerusi semakan di laman sesawang Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, ia melibatkan Taman Setia Indah dan Projek Taman Kota Jaya di Johor Bahru dan Taman Residensi Kota Tinggi. 

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata kerajaan negeri bertindak sebagai pemudah cara menyelesaikan masalah dialami pembeli melibatkan projek berkenaan.


(Kerajaan negeri bertindak sebagai pemudah cara menyelesaikan
masalah dialami pembeli melibatkan projek berkenaan)

"Kerajaan negeri memberikan komitmen dalam memudah cara dan memantau serta memberikan kelulusan terbabit , seperti projek sakit di Taman Setia Indah, sebanyak 639 unit telah diselesaikan," katanya semasa persidangan Dewan Negeri Johor, di sini.

Projek sakit yang bakal diselesaikan awal tahun depan melibatkan 625 unit rumah di Taman Residensi Kota Tinggi yang dimajukan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia.

Media Baharu