fb fb fb fb fb

17 PPS dibuka di Terengganu

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 24 November- Seramai 1,094 penduduk terjejas banjir daripada 298 keluarga masih berlindung di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Terengganu, setakat pukul 11.00 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata ia melibatkan daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Besut.

"Kuala Nerus merekodkan 406 penduduk, Kuala Terengganu (456), Marang (177) manakala Besut kekal 55 penduduk.

"Ketika ini hujan masih lagi turun di beberapa kawasan sekitar Kuala Terengganu dan juga Kuala Nerus," kata sekretariat itu.

Sementara itu, InfoBencanaJKM melaporkan dua PPS masih beroperasi di Kelantan, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

"Ia membabitkan jajahan Pasir Puteh dan Pasir Mas.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Pasir Puteh menempatkan 30 penduduk terjejas banjir, manakala 32 penduduk lagi ditempatkan di SK Tok Deh, Pasir Mas" kata InfoBencanaJKM.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM