fb fb fb fb fb

17 PATI ditahan dalam serbuan di tiga daerah di Johor

Foto FB Jabatan Imigresen Johor

JOHOR BAHRU, 16 Januari- Seramai 17 pendatang asing tanpa Izin (PATI) dalam serbuan di tiga daerah pada Ahad dan Isnin lalu, selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah, selain tinggal lebih masa.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir dalam kenyataan berkata, semua yang ditahan merupakan warganegara Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia dan Vietnam berusia antara 22 hingga 48 tahun.

"Seramai tujuh orang ditahan dalam serbuan di sembilan premis di Muar dan seorang lagi di Mersing.

"Mereka yang ditahan merupakan empat lelaki Bangladesh, dua lelaki Myanmar dan masing-masing seorang lelaki Vietnam dan Nepal berusia 22 hingga 38 tahun", katanya.

Manakala serbuan di sebuah tapak semaian di Iskandar Puteri, Johor Bahru semalam berjaya menahan sembilan individu terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita Indonesia, serta dua lelaki Myanmar. Semua mereka berusia 28 hingga 48 tahun.

Kes disiasat mengikut seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, kerana gagal kemuka dokumen perjalanan sah dan seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

Turut disiasat mengikut peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.

ROSLINA BINTI DIN