fb fb fb fb fb

156 saman dikeluarkan menerusi Ops Khas Pengarah di Melaka

Pengarah JPJ negeri Melaka, Muhammad Firdaus Shariff

MASJID TANAH, 21 Februari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka mengeluarkan sebanyak 156 saman membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Pengarah, di sini.

Pengarah JPJ negeri Muhammad Firdaus Shariff berkata, sebanyak 428 kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu 107 buah kenderaan telah diambil tindakan.

Katanya, sebanyak tujuh kenderaan yang dipandu warga asing merupakan antara 17 kenderaan yang disita dalam Ops berkenaan.

Menurutnya, antara alasan yang diberi adalah mereka kononya tidak tahu berkaitan undang-undang untuk memiliki lesen, tidak dimaklumkan pemilik kenderaan dan ada yang mengatakan mereka meminjam kenderaan rakannya sendiri untuk memandu.

"Yang mana 92 melibatkan kenderaan motorsikal dan 64 kenderaan kenderaan lainlah manakala pada hari ini empt notis arah periksa dikeluarkan dan empat notis 'PG One' ataupun arah larangan penggunaanlah, 17 notis sita dikeluarkan melibatkan 14 motosikal dan tiga kereta dan sebanyak 4,114 notis dikeluarkan," kata Muhammad Firdaus, di sini.

Operasi yang turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka telah menyaring seramai 24 individu dan kesemua mereka negatif dadah.

Seramai 36 anggota JPJ dan lapan anggota AADK terlibat dalam OPS berkenaan itu yang berlangsung selama dua jam, bermula pukul 5.00 petang tadi.

TETITIA YUSOFF