fb fb fb fb fb

14 pelajar aliran agama tamat pengajian TVET

Foto RTM

KANGAR, 19 Julai-14 pelajar tahfiz dan aliran agama yang ambil bidang TVET di Institut Latihan Perindustrian (ILP) tamatkan pengajian pada Khamis.

Program rintis yang bermula sejak 22 April lalu melibatkan pelajar dari empat buah Maahad Tahfiz dan dua sekolah aliran agama Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal.

Menurut Pengerusi Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Zon Utara, Zulkifle Omar, program berkenaan memberi peluang buat pelajar terbabit mendapatkan latihan kemahiran yang sistematik melalui Persijilan Kemahiran Malaysia.

Kejayaan program rintis tersebut diharap menjadi titik mula untuk ILP Kangar memperkasa lebih ramai pelajar Tahfiz di Perlis dengan pengetahuan dan kemahiran TVET.

Sementara itu, Pengarah ILP Kangar, Mohd Yusri Mohd Rahim menyasarkan lebih ramai graduan program TVET dilahirkan dengan kerjasama erat antara agensi di serta pusat-pusat tahfiz di Perlis.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD