fb fb fb fb fb

14 bot ikan ditahan, langgar pelbagai kesalahan

FOTO JABATAN PERIKANAN

IPOH, 13 Disember- Sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan berjaya ditahan kerana melanggar pelbagai kesalahan bawah Akta Perikanan 1985 menerusi Ops Bersepadu yang dijalankan.

Jabatan Perikanan dalam kenyataan memaklumkan, operasi selama lima hari sejak Isnin lalu itu, melibatkan nilai rampasan melebihi RM8.9 juta.

Antara kesalahan dikesan; menangkap ikan menggunakan vesel penangkapan ikan tempatan tanpa lesen, menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan, serta menjalankan aktiviti penangkapan ikan tanpa lesen yang sah.

Kesemua vesel yang ditahan dibawa ke pangkalan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Kampung Acheh untuk siasatan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE