fb fb fb fb fb

14,000 penjawat awam Terengganu terima BKKA RM500

FOTO HIASAN / BERNAMA

PUTRAJAYA, 24 Mac – Kerajaan MADANI bersetuju untuk membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) bagi penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu, dengan setiap penerima mendapat RM500.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, bantuan tersebut akan memanfaatkan lebih 14,000 penjawat awam di negeri itu dan akan disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Kerajaan komited terhadap prinsip kesaksamaan dan pendekatan manusiawi bagi memastikan kemakmuran negara dirasai secara inklusif, selari dengan wawasan menaikkan lantai dalam kerangka Ekonomi MADANI.

"Keputusan ini juga merupakan susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Terengganu pada Jumaat lalu.

"Sumbangan ini diharap dapat membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan negeri yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi," menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE