fb fb fb fb fb

130 kanak-kanak terima sumbangan sempena Deepavali

Foto RTM

PERAI, 4 Oktober - Seramai 130 kanak-kanak kurang bernasib baik daripada 50 keluarga komuniti terpilih menerima sumbangan menjelang sambutan perayaan Deepavali.

Majlis yang dianjurkan Yayasan AEON Malaysia itu bertujuan berkongsi kegembiraan sempena perayaan Cahaya dengan semangat Malaysia Madani.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim yang hadir pada majlis itu berkata, usaha tersebut memberi makna besar kepada penerima.

“Tahun ini kira-kira 130 kanak-kanak dan 50 keluarga diraikan. Saya yakin sambutan ini menjadikan Deepavali mereka lebih bermakna,” katanya.

Setiap kanak-kanak menerima sumbangan duit raya berjumlah RM50, manakala setiap keluarga menerima tunai RM200 serta kotak barangan keperluan harian.

Steven berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di sebuah hotel di Prai, Pulau Pinang.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD