fb fb fb fb fb

13 kertas siasatan majikan tipu pekerja asing sudah siap

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong (kanan) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri)

PUTRAJAYA, 16 Januari - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor sudah menyiapkan 13 kertas siasatan keatas lima majikan berhubung isu menipu pekerja asing yang berlaku di Pengerang, Johor.

Menurut Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong kertas siasatan itu membabitkan pelanggaran mengikut AKta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446].

Jelasnya kertas siasatan akan disemak Timbalan Pendakwa Raya esok dan tindakan susulan akan diambil selepas itu.

"Selain itu seramai 751 pekerja warga Bangladesh telah failkan kes buruh untuk menuntut tunggakan bayaran gaji kesleuruhan berjumlah RM2.21 juta bawah seksyen 69 Akta Kerja saman tuntutan kes buruh telah pun disampaikan kepada pengurus syarikat dan tarikh sebutan pada 5 Februari nanti."

Steven bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama-sama Menteri Dalam Negeri mengenai Pengurusan Pekerja asing kali ke-10, di sini.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan terdapat kira-kira 2,500 pekerja asing yang ditipu majikan berada di Pengerang.

TETITIA YUSOFF