fb fb fb fb fb

13 buah rumah munsnah dalam kebakaran di Bedong

FOTO IHSAN ORANG AWAM

BEDONG, 5 Januari- Sebanyak 13 buah rumah di Kampung Keda Tanjung Dawai, Bedong, Kedah musnah dalam kebakaran, pagi tadi.
 
Kebakaran turut menyebabkan seorang lelaki berusia 30-an melecur.
 
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Azhar Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 7.28 pagi.
 
Beberapa buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Guar Chempedak dan Sungai Petani telah diarah ke lokasi kejadian.
 
Setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran melibatkan 13 buah rumah kelas A jenis kekal dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus.
 
Terdapat seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an melecur di tangan dan kaki dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
 
Tindakan pemadaman menggunakan enam aliran 10 pancutan dan turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela berdekatan.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE