fb fb fb fb fb

118 prospek penjara Terengganu dibebaskan menerusi PBSL Ihsan MADANI

118 orang prospek dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Aidiladha

MARANG, 13 Jun- 118 orang prospek dari penjara seluruh Terengganu dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Aidiladha hari ini.

Pengarah Penjara Terengganu, Penolong Kanan Komisioner Hamid Taha berkata, sejak PBSL diperkenalkan kira-kira 1,500 prospek telah dibebaskan secara lesen dengan hanya lima daripadanya kembali dimasukkan ke penjara.

"Kejayaaan faktor utama menjayakan program ini adalah peluang pekerjaan di Terengganu amat terbatas. Bagamaimanapun kerjasama majikan keluarga memberi ruang kepada syarikat luar untuk mengambil mereka bekerja.

"Sehingga kini alhamdulillah daripada itu jumlah keseluruhan yang dibebaskan secara PBSL ini lebih 90 peratus bekerja," katanya kepada pemberita selepas program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Aidiladha di Penjara Marang di sini.

PBSL yang diperkenalkan merupakan hasil usaha antara keluarga dan majikan.

Terengganu merekodkan banduan tertinggi di seluruh negara dengan 882 banduan.

Sementara itu prospek yang terlibat dalam program PBSL sangat bersyukur dan terharu kerana terpilih.

Ali bukan nama sebenar mengakui pernah melakukan kesalahan sebelum ini dan berharap masyarakat akan memberi peluang untuk memulakan kehidupan baharu.

"Dapat belajar banyak benda dekat dalam, saya juga ingin berubah. Saya pun dah dapat tempat kerja, dan mulakan hidup baru dapat berkeluarga semula.

"Saya harap masyarakat dapat terima saya sebagai manusia biasa. Kawan-kawan saya tidak perlu malu dengan saya ke apa," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI