fb fb fb fb fb

11 projek baharu KKR di Langkawi

Fota Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia

LANGKAWI, 16 Januari-Sebanyak 11 projek pembangunan telah diluluskan Kementerian Kerja Raya (KKR) membabitkan peruntukan keseluruhan RM209.37 juta di pulau pelancongan berkenaan.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Mazlan, antara projek tersebut ialah pembinaan bangunan tambahan bagi Sekolah Kebangsaan Kelibang, Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka dan Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat.

Projek-projek lain, termasuk pembinaan pejabat pentadbiran Jabatan Pengangkutan Jalan Langkawi serta menaik taraf Observatori Negara Langkawi.

"Dari semua projek itu, pembinaan jambatan baharu dua lorong dari Pulau Tuba ke Pulau Dayang Bunting sejauh 300 meter membabitkan kos terbesar iaitu RM90 juta.

"Projek itu pada peringkat akhir tender dan dijangka dapat dimulakan tahun ini," katanya pada sidang media selepas melawat tapak Pembinaan Kuarters Kementerian Kesihatan (KKM) di Ayer Hangat, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Ir Mohd Fisal Ismail.

Projek Pembinaan Kuarters tersebut telah mencapai kemajuan sebanyak 58.7 peratus

Tiga blok Kuarters Pangsa tersebut mengandungi 180 unit kuarters dijangka siap hujung tahun ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD