fb fb fb fb fb

100 penduduk Kampung Lubuk Merbau terima sumbangan barangan keperluan

Dr. Kamarul Azman Khamis bersama beberapa penerima sumbangan barangan keperluan harian di Kampung Lubuk Merbau, Pedu, Kedah/RTM

PEDU, 22 Disember- Seramai 100 penduduk Kampung Lubuk Merbau di sini Padang Terap, Kedah yang majoritinya penoreh getah dan buruh kampung menerima sumbangan barangan keperluan harian termasuk beras.

Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Bukit Kura.

Dr. Kamarul Azman berkata inisiatif tersebut adalah tanda keprihatinan pihak universiti untuk meringankan beban penerima khususnya mereka yang memerlukan.

Sumbangan itu diharap dapat membantu golongan warga emas, ibu tunggal dan penduduk kurang berkemampuan dalam memenuhi keperluan harian mereka.

Majlis penyerahan berlangsung di Kampung Lubuk Merbau dengan kehadiran wakil penduduk setempat.

SITI AISHAH MD ISA