
KULIM, 9 Mac – Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang kira-kira dua minggu lagi menjadi lebih bermakna buat 100 golongan kurang berkemampuan dan asnaf di sekitar Parlimen Kulim Bandar Baharu, Kedah.
- Kumpulan Boustead menyalurkan sumbangan zakat wakalah berjumlah RM20,000.
- Sumbangan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Boustead Plantations, Datuk Muhar Hussain, di Dewan Seri Tasek, Serdang.
- Penerima terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik dan individu tanpa pendapatan tetap.
- Muhar menyatakan sumbangan itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat bagi meringankan persiapan menyambut 1 Syawal.
Kesemua mereka menerima sumbangan zakat wakalah berjumlah RM20,000 yang disalurkan oleh Kumpulan Boustead.
Sumbangan tersebut disampaikan Ahli Lembaga Pengarah Boustead Plantations Berhad merangkap Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Muhar Hussain pada majlis yang diadakan di Dewan Seri Tasek, Serdang.
Kebanyakan penerima terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik serta individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan berdepan kesukaran hidup.
Menurut Muhar, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Beliau berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban penerima, khususnya dalam membuat persiapan menyambut 1 Syawal tidak lama lagi.