Proses pemulihan bekas penagih dadah di Malaysia semakin mendapat perhatian apabila pendekatan yang mesra dan terbuka diterapkan.
Konsep yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Komuniti Intervensi Dadah Malaysia (KOMITED) atau DIC Malaysia itu merupakan salah satu usaha menyelamatkan golongan tersebut dari belenggu ketagihan.
Di rumah penjagaan dan rawatan bekas penagih dadah Lelaki yang terletak di Sungai Soi, Kuantan, pendekatan pemulihan tersebut semakin berjaya dan membawa perubahan positif dalam kehidupan bekas penagih.
Ikuti laporan yang disediakan Wartawan, Athira Hasuah.